Welcome to LovelyGreenDiary

What is so special about LovelyGreenDiary??? Very soon u will know...

It's all about LOVE, BEAUTY and balance in LIFE!!! Browsing time... :) :) :) Hope you enjoy your visit here! :)



If you LOVE HEALTHY LIVING, do browsing AVAIL BEAUTY... AVAIL BEAUTY is the best choice in providing health products in keeping you slim & fit; provide nutritious organic food; beautifies skin & body specially for women and etc for healthy living... You can also build up a great career in AVAIL BEAUTY anytime...

If you LOVE CHOCOLATE and looking for EXCLUSIVE CORPORATE GIFT, do browsing RHR Corporate Gift...

Incorporated in 2005, Ringgit Hedges Resources Sdn Bhd (RHR) is capable in supplying various high quality premium items with a unique design and exclusive corporate gifts...Tailored to client's needs and requirements for every festival... Impress your precious clients with RHR Corporate Gifts and have a great business relationship always...

If you LOVE BEAUTY and wanna change your lifestyle or even build up your career in beauty line, do browsing my Mary Kay... Mary Kay enriching women's lives! Let's take up the challenge! Together we work towards your dream and goal... Believe in yourself! YOU CAN!!!

If you LOVE PARTY or GATHERING and enjoy eating... do visit CT Cafe! Incorporated 2 years ago CT Cafe is capable in providing delicious cuisine catering with professional service for corporate event in both goverment and private function such as seminar, farewell, wedding, birthday party & etc mainly in Klang Valley. CT Cafe LOVE to make your function or dream party come true...

Recently, RHR has joint venture with CT Cafe in approaching KBS and MBM to supply our catering (VIP & Buffet) during Hari Belia Negara 2012 held in Putrajaya from 23 - 27 May 2012. Alhamdulillah... CT Cafe has been appointed as one of the main contractor in supplying both VIP & Buffet catering service! It was a great experience for CT Cafe in expanding the business on it's coming 2nd year anniversary soon! Congratulation CT Cafe! We love CT Cafe! We believed you too... :)

If you LOVE MUSIC, do enjoy my favorite songs... And a lot more to share about LIFE, the BEAUTY of ISLAM, business opportunity and career too!

Sharing is caring... Happy Browsing! :)


Showing posts with label Sharing is Caring.... Show all posts
Showing posts with label Sharing is Caring.... Show all posts

Monday, 17 June 2013

Mari Amalkan Gaya Hidup Sihat Dalam Pemakanan Seharian

 
 
 5 Bahan Mudah Untuk Bersihkan Toksin Dalam Hati

1. Air Lemon Suam
Air lemon suam merupakan bahan terbaik untuk nyahtoksin daripada badan, terutamanya di waktu pagi. Ini bukan jus lemon, jadi jangan tambahkan gula atau bahan-bahan lain. Pakar pemakanan mengakui bahawa hati menghasilkan lebih banyak enzim jika bertindakbalas dengan air lemon suam.

2. Bawang Putih
Banyakkan bawang putih dalam masakan dan makanan anda lepas ini. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh membantu mengaktifkan enzim dalam hati. Ianya juga mengandungi allicin dan selenium yang diakui baik untuk melindungi hati.

3. Avokado
Buah ini memang banyak fungsinya. Satu kajian di Jepun mendapati avokado mengandungi sebatian yang dapat melindungi hati daripada kerosakan. Jika dibandingkan dengan 21 jenis buah yang lain, avokado merupakan buah yang paling berpotensi tinggi untuk melindungi hati daripada "galactosamine", iaitu bahan toksin paling kuat dalam merosakkan fungsi hati.

4. Cilantro / Coriander
Cilantro ataupun Coriander juga dikenali sebagai Chinese Parssley, dhania. Herba ini boleh ditambahkan dalam diet pemakanan seharian kerana ianya dapat menyingkirkan logam berat dalam badan, sekaligus meringankan tugas hati semasa kerja pembersihan hati.

5. Kunyit
Satu lagi bahan penambah rasa dalam makanan yang mempunyai banyak khasiat. Kunyit bukan sekadar melindungi hati daripada rosak, tetapi juga menggalakkan penghasilan sel-sel baru hati. Ianya juga dapat meningkatkan penghasilan hempedu semulajadi, dan membantu dalam memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan bebas dari toksin.

Saturday, 27 April 2013

ADAB MEMBUANG AIR & SIKSA KUBUR




[ WAJIB BACA ]

Bacalah Sejenak Artikel Ini, kerana artikel ini adalah sebuah nasihat untuk kita semua.

Wahai Saudaraku Se-Iman Dan Se-Islam..
... Hati-hatilah dalam membuang air kecil, kerana ramai orang tersiksa di dalam kubur akibat air kencing tersebut.

Rasulullah saw menasihati kita.
Bersabda rasulullah saw : ”Hati-Hatilah dalam membuang air kecil (air seni) kerana ramai orang tersiksa di dalam kubur kerana tidak berhati-hati dalam membuangnya”.

Untuk itu berhati-hatilah dalam membuang air kecil. Saya temukan banyak sekali dalam kalangan lelaki yang membuang air kecil dengan cara berdiri.
Saya sendiri pernah melihat teman saya yang membuang air kecil dengan cara berdiri, kerana ada saat itu saya tidak sengaja melihatnya. Setelah ia selesai dengannya,
Lalu saya bertanya kepadanya :
”Wahai temanku, janganlah engkau kencing dengan cara berdiri kerana banyak orang tersiksa dalam kubur gara-gara tidak berhati-hati dalam membuang air kecil, dan allah swt melaknat orang yang kencing dengan cara berdiri, Kencinglah dengan cara mencangkung agar air seni itu tidak melimpah ke mana-mana.

Iya menjawab :
hai temanku, kencing dengan cara mencangkung itu bagi perempuan, nanti aku jadi perempuan lagi…

Inilah jawaban temanku itu.
Astaghfirullah, ­Sesungguhnya jika ia tahu akan siksa kubur itu, nescaya iya tidak akan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri akan membuat air kencing itu memancut dan mencurah ke mana-mana.
Air seni yang terkena pakaian maka akan menjadi najis baginya. Dan jika iya melaksanakan solat, pastilah solatnya takkan diterima allah swt.
”Allah swt tidak akan menerima shalat seseorang, kecuali dalam keadaan bersih” (Hadist Riwayat at-Thabrani dan Al-Hakim).

Oleh sebab itu janganlah biasakan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri adalah perbuatan orang nasrani. Janganlah anda mencontohi gaya hidup mereka. Kerana gaya hidup mereka semuanya tidak ada yang berpahala, bahkan mendapat dosa.


Oleh sebab itu kita dilarang kencing dengan cara berdiri. Ingatlah bahwa kebersihan itu sebagian dari iman. Pesanlah nasihat ini buat semua insan yang tersayang... Baik lelaki mahupun perempuan hendaklah anda berdehem selepas kencing, pastikan berdehem sehingga terkeluar lagi sedikit baki air kencing, agar setiap titis air kencing itu ditos keluar dari saluran kencing.

Kemudian barulah anda mencuci alat sulit menggunakan air secukupnya dengan menggosok sehingga dicelah pelipat luar dan dalam lubang tengah (bagi perempuan sahaja) agar bahagian yang tercapai sempurna kebersihannya.

Perkataan baik itu datangnya hanya dari allah, dan perkataan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri dan kekurangan saya dalam menuntut ilmu agamanya Allah swt..

Subhanallah Wabihamdih Subhanakallah humma Wabihamdika Asyhadualla Ilaa Hailla Anta Wa’astaghfiruka ­ Wa’atubu ilaik

SILA SEBARKAN WALAUPUN SATU AYAT!
Sabda Rasulullah SAW ;

“Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun dia sudah tiada di dunia ini.”(HR. Muslim)

 

Monday, 22 April 2013

Amalan Meminum Minuman BerAIS Selepas Makan Adalah Sangat Merbahaya Untuk Jantung Anda!!!





Sayangi Jantung Anda dan Amalkan Minum Minuman Panas....

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!


Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.


Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
 
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.


Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.


Berkongsilah dengan yang tersayang maklumat penting ini!!! Anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa mereka!!! Insyaallah...

Tuesday, 16 April 2013

PERHATIAN BUAT WANITA!!!





Wahai wanita,

Tidak salah jika ingin cantik selalu! Tetapi berhati-hati dalam memilih barangan kosmetik anda... Sayangilah diri anda...

Wahai lelaki,

Jangan lupa untuk share kepada isteri2, teman wanita, kawan2, rakan2...

Kajian Dr. Elizabeth Ayoub:


Perubatan dan biomolekul mengeluarkan amaran untuk gincu yang mengandungi plumbum, yang merupakan karsinogen.

Baru-baru ini jenama 'Red Earth' menurun harga gincu dari R $ 67,00 ke R $ 9,90!

Kenapa? Sebab ia mengandungi plumbum. Atara jenama lain yang mengandungi plumbum adalah:

CLINIQUE
ESTÉE LAUDER
SHISEIDO
RED EARTH (Lip Gloss)
CHANEL (Lip Conditioner)
MARK AMERICA
MOTIVES
LIPSTICK
AVON

Semakin tinggi kandungan plumbum, risiko menjadi lebih besar menyebabkan kanser. Selepas ujian dilakukan ke atas gincu, bibir diperhatikan plumbum tertinggi terdapat dalam gincu keluaran AVON. Kita sepatutnya berwaspada pada penjagaan gincu. Jika gincu anda keras statik adalah disebabkan oleh tahap plumbum yang tinggi.

Ambil ujian ini:
1. Sapukan sedikit gincu pada tangan anda;
2. Letakkan cincin emas pada gincu di tangan anda;
3. Jika perubahan warna gincu kepada warna hitam, gincu anda mengandungi plumbum.

Sila hantar maklumat ini kepada semua rakan-rakan. Buat Farid Laham terima kasih kerana berkongsi maklumat penting ini...
Tip dari LovelyGreenDiary: I love Mary Kay Cosmetic! Even the lip balm is safe for baby! :)

Tuesday, 23 October 2012

Renungan Sejenak...




Apa kata anda???


Apa komen anda???


 Jom Berdoa & Berusaha agar Allah menjadikan segalanya indah pada waktunya...


Berapakah harga sebuah hadiah terbaik untuk semua yang anda sayangi??? Mampukah anda memberikan hadiah terbaik ini kepada yang tersayang???

Renungkan Sejenak... :) :) :) Sharing is Caring...
Sayang selalu dari LovelyGreenDiary untuk semua blogger yang singgah!

Monday, 15 October 2012

LIV-ZELL ~ The Secret of Timeless Youth & Beauty

Hi! I'm back... Been missing for almost a month... Anyone miss me?? :) :) :)
Mmm... Missing my LovelyGreen Diary??? Been waiting for my new post???

Great! See... What I've got for you guys!

It's PhytoCellTec TM Molus Domestica! The secret of timeless youth & beauty...

I tried & I love it! The taste... The natural apple fragrance...

The great result!

Excellanto... 

The celebrities do love it too!

Wanna be like us? Email us now at: lovelygreendiary@gmail.com
Sharing is Caring...

Friday, 31 August 2012

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! Happy 55th Birthday Malaysia...

TQ Allah... We are proud to be Malaysian! Peaceful Country... Wz a great development!

 
Allahyarham Tuanku Abdul Rahman "Bapa Kemerdekaan" proudly wishishing every 1 Malaysia:
 "Happy Independence Day" in memory... (31st August 1957)
 

Allahyarham Sudirman Hj Arshad proudly present 31 OGOS, patriotic song in memory...
 

Enjoy the spirit of Merdeka Day everywhere...
 

A Beautiful spirit of  "Jalur Gemilang" growing tree from Big Apple...
 

We love You! Malaysia...


Even under the sea we do love & proud of our country Malaysia...
 
 
Another beautiful view of celebrating Merdeka near KLCC...
 
 
"Jalur Gemilang" symbolize our united 1 Malaysia always...
 
 
My beloved nephew Baby Litosh love Malaysia too! Isn't he's cute posing wz Jalur Gemilang??


I will always love Malaysia... Last year my Merdekaraya was in Malacca...
Guess where will I be this year???

 
 "Salam Merdekaraya"

Wednesday, 29 August 2012

Indahnya Islam... Hidayah Dari Allah Tidak Mengira Bangsa Maupun Keturunan!


 

Kisah Menarik Di Sebalik Pengislaman Hana Tajima : Wanita Kacukan Jepun/Inggeris

Sejak kebelakangan ini, nama Hana Tajima Simpson mula menjadi topik perbincangan di kalangan blogger Muslimah. Nama gadis kacukan Jepun dan Inggeris ini dikenali kerana gaya berhijabnya yang unik dan lebih kasual. Wajah manis ini juga telah mula menghiasi sejumlah media di UK dan Brazil.
Hana yang lebih dikenali sebagai seorang pereka fesyen membuat kejutan melalui produk dengan jenama Maysaa. Produk yang telah dilempar ke pasaran dunia itu berupa hijab bergaya 'layers'. Melalui jenama tersebut, Hana mencuba untuk memperkenalkan gaya berbusana yang trendi, namun tetap sesuai dengan syariat Islam di kalangan Muslimah.
Mula memeluk Islam seawal usia 17 tahun, Hana datang daripada latar belakang keluarga Kristian yang tidak terlalu mementingkan agama dalam kehidupan mereka. Ayahnya berasal dari Jepun manakala ibunya merupakan seorang wanita Inggeris. Minatnya kepada Islam bermula semasa belajar di sekolah tinggi. Hana bertemu dan bersahabat dengan beberapa pelajar Muslim.
Pada pandangan Hana, sahabat-sahabatnya yang beragama Islam kelihatan berbeza dengan yang lain. "Mereka kelihatan menjaga jarak dengan beberapa pelajar tertentu. Mereka juga menolak ketika diajak untuk pergi berhibur di sebuah kelab malam." katanya. Bagi Hana, perkara itu sangat menarik. Selain itu, sahabat-sahabatnya yang Muslim dianggap sangat menyenangkan apabila diajak berbincang berkaitan hal kuliah. Menurutnya, pelajar Muslim lebih banyak menghabiskan masa mereka membaca di perpustakaan ataupun berbincang.
Dari sahabat-sahabat Muslim itulah, secara perlahan-lahan Hana mulai tertarik dengan ilmu falsafah terutamanya falsafah Islam. Sejak saat itu, Hana mula mempelajari falsafah Islam langsung dari sumbernya iaitu Al-Quran. Kenyataan bahawa Al-Quran tetap sama seperti sebelumnya memberi maksud bahawa sentiasa ada titik rujukan untuk semua perkara. "Di dalam Al-Quran, saya menemukan banyak rujukan berkisar tentang isu-isu mengenai hak wanita.



Semakin banyak saya membaca, semakin diri saya bersetuju dengan idea-idea disebalik Al-Quran dan saya boleh melihat bagaimana Islam boleh mewarnai kehidupan sahabat-sahabat Muslim saya. Namun saat itu, keinginan untuk memeluk agama ini masih belum tiba. Sehinggalah tiba pada satu titik yang mana saya tidak dapat mengatakan tidak pada diri saya mengenai kebenaran agama ini, maka saya memutuskan untuk menjadi seorang Islam" katanya.
Rasa kagumnya terhadap ajaran-ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran akhirnya membuatkan Hana memutuskan untuk memeluk Islam. Tanpa menemui sebarang paksaan dan halangan, dengan hanya disaksikan oleh teman-teman Muslimahnya, Hana pun mengucapkan dua kalimah syahadah. "Menyatakan perkara tersebut kepada keluarga adalah sesuatu yang mudah. Saya tahu mereka akan gembira selagi mana saya juga gembira, dan mereka boleh melihat ianya adalah sesuatu yang baik," tuturnya.
Seperti halnya semasa Hana memutuskan untuk memeluk Islam, begitu juga keputusan untuk mengenakan hijab datang tanpa paksaan. Hana mula mengenakan hijab di hari sama dia mengucap dua kalimah syahadah. "Ini merupakan cara terbaik bagi membezakan kehidupan saya di masa lalu dengan kehidupan saya pada masa hadapan," ujarnya.



Keputusan untuk mengenakan hijab pada masa yang sama menerima pelbagai reaksi dari orang-orang di sekelilingnya, terutamanya kawan rapatnya. Sebelum mengenakan hijab, Hana sudah memahami fahaman negatif terhadap orang-orang yang berhijab. "Saya tahu apa yang mereka fikirkan mengenai hijab, tetapi saya akan bersikap berpura-pura tidak mengetahuinya. Namun seiring dengan masa, orang-orang di sekitar saya kini sudah boleh menerima penampilan saya dengan balutan hijab." katanya lagi.
Dalam blog peribadinya, Hana mengakui bahawa menjadi seorang Muslimah di sebuah negara barat adalah sedikit menakutkan, terutamanya ketika semua mata di sekitarnya memandangnya dengan pandangan yang aneh. Maklum sajalah, sebahagian penduduk de negara-negara barat telah dijangkita dengan wabak Islamofobia. "Oleh sebab itu, saya ingin menciptakan sesuatu yang akan membantu para muslimah di mana jua untuk terus berusaha mengatasi perasaan takut itu." ujarnya.
Kini, dengan busana Muslimah yang dirancangkannya, kaum Muslimah di negara-negara barat mampu tampil dengan busana yang boleh diterima oleh masyarakat di sana tanpa meninggalkan peraturan yang ditetapkan Islam. Kini fesyen busana Muslimah yang diperkenalkannya bukan saja mendapat sambutan yang hangat daripada muslimah di seluruh dunia, malah penerimaan daripada yang bukan Islam juga sangat menggalakkan.
 
Harapan saya semoga ramai lagi di luar sana yang akan mendapat hidayah dari Allah Subhanahu Wata'ala... Insyaallah...

Friday, 10 August 2012

Mengapa Perlu Mencari Lailatul Qadar???

 
Alhamdulillah... We are now at Ramadhan Day 21st...

Mengapa perlu mencari Lailatul Qadar???

Rasulullah beriktikaf pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan... 

Jom ikut saya!

I will say "NO MORE" to nite time working starting today! Looking forward to Lailatul Qadar... Insyaallah...

Wish every muslim all the best in finding Lailatul Qadar this year!

May Allah bless all of us...

Amin...

Malam Lailatul Qadar Lebih Baik Dari Seribu Bulan!!!



Alhamdulillah... Kita berada pada bulan Ramadhan... Hari yang ke 20... Jom Raih
Malam Lailatul Qadar !!!

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al Qadar [97] : 3-5)

Tanda Malam Lailatul Qadar...

[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء

 “Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi. Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya)

[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelazatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.

[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebahagian sahabat.

[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150)

Semoga Allah memudahkan kita untuk meraih malam tersebut. Amin Yaa Mujibas Saailin.

Tuesday, 7 August 2012

PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN RAMADHAN...

SALAM NUZUL-QURAN


1. Perang Badar Al-Qubra

Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

2. Peristiwa Nuzul Al-Quran

Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


3. Persiapan tentera Islam menghadapi Perang Khandaq/Ahzab

Rasulullah saw meminta pandangan para sahabatnya dalam menghadapi peperangan ini. Salman al-Farisi mengusulkan supaya digali parit di sekitar kota Madinah. Kemudian bersama Rasulullah saw kaum Muslimin keluar dari kota Madinah dan berkemah di lereng Gunung Sila dengan membelakanginya. Mereka mulai menggali parit yang memisahkan mereka dengan musuh mereka. Waktu itu jumlah kaum Muslimin sebanyak tiga ribu sedangkan kaum Quraisy bersama kabilah-kabilah lain berjumlah sepuluh ribu.

4. Perang Tabuk

Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir. Setelah segala-galanya selesai tentera Islam berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadan dengan selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa.


5. Pembukaan kota Mekah

Berikutan dengan perlanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh kaum musyrikin Mekah, Nabi Muhammad SAW dan umat islam mengambil keputusan untuk menyerang dan memasuki Kota Mekah.

6. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel

Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa tidak dapat ditawan kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel.

7. Perang Ain Jalut

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

8. Kekalahan Tentera Salib

Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.

9. Perluasan negara Islam di Andalus.
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

10. Pembebasan Sinai
Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.

Friday, 27 July 2012

10:10:10 Kemuliaan Ramadhah Al Mubarak, Ganjaran Bersabar &Nafsu Ramadhan...

Tawaran hebat utk semua! 10:10:10 Jangan lepaskan peluang untuk dapatkannya di sepanjang
Ramadhan Al Mubarak ini... :)


Ganjaran bagi yang bersabar di bulan Ramadhan Al Mubarak...


Jangan lupa mengawal nafsu makan di bulan Ramadhan Al Mubarak ini...


 Dan sentiasalah berzikir

 

Dan perbanyakkanlah bersedekah di bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ikhlas....


2 Pahala Bersedekah...


Nescaya Allah akan permudahkan segalanya untuk kita semua... Insyaallah...
Amin... Ya rabbal Alamin...

Sunday, 22 July 2012

Ramadhan Al Mubarak

I miss this holy month, Ramadhan Al Mubarak... What about u???


Let's "Warming-up" in Ramadhan Al Mubarak 2012
Niat, Taubat, Manafaatkan Masa, Lazimi, Pelajari Hukum Hakam Puasa, Makan Bersederhana, Qiam, Baca Al-Quran, Zikir & Bersedekah...


Agenda Ibadah Seharian... Jom kita sama2 pertingkatkan pelaksanaaan ibadah puasa 2012 dengan lebih baik dari tahun2 lepas! Wanna join me???


Keajaiban Solat Tahajud


Solat Sunat Taubat


How to Complete the Quran within 30 days...



The Messenger of Allah, our beloved Prophert Muhammad Saw
 loves breaking fast with 3 fresh date-fruits...



Kesilapan Tanpa disedari di bulan Ramadhan...


Jadikan Bulan Ramadhan Bulan Transformasi Diri...


Moga2 kita tidak berbelanja berlebih2an dan membazir ketika membeli juadah2 berbuka puasa kerana ada muslimin2 yang tidak berdaya di bumi Somalia... Tidak berkemampuan walaupun utk bersahur... Sayu & sedih rasa... Marilah kita bersama2... berbelanjalah kerana Allah dan banyakkan bersedekah kepada yang memerlukan...



Sharing is Caring! Selamat menjalani Ibadah Puasa untuk semua muslimin di seluruh dunia... May Allah bless all of us always... Amin Ya Rabbal Alamin...


Wednesday, 4 July 2012

Keagungan Dan Amalan Malam Nisfu Syaaban...


 
Keagungan Dan Amalan Malam Nisfu Syaaban

Keagungan Syaaban adalah dengan kedatangan malam ke-15, iaitu malam Nisfu Syaaban, malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.

 Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mula...i terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

 


 Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia; musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang saling benci membenci).” (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)



 Pada malam Nisfu Syaaban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menurut Imam Asy-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: ‘Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.’

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

 Terbuka Pintu Langit
Pada Malam Nisfu Syaaban, pintu langit dan pintu rahmat dibuka dan Allah mengampunkan orang yang tidak mensyirikkannya. Riwayat menyatakan pada malam Nisfu Syaaban akan terbuka segala pintu langit.

Tidak Diampunkan
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang;
Menyekutukan Allah dengan sesuatu,
Tukang sihir dan ahli nujum,
Derhaka terhadap ibubapa,
Peminum arak,
Penzina,
Pemakan riba,
Pembuat firnah,
Suka bermusuhan,
Menipu dalam perniagaan.
Memutuskan tali silaturrahim.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”
Darpada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia; musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang bermusuhan).” (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)


Hidupkan Malam Nisfu Syaaban
Daripada Aishah r.a. berkata: Rasulullah SAW telah bangun malam dengan bersolat dan baginda telah memanjangkan sujudnya sehingga aku menyangka bahawa baginda telah dicabut nyawanya.
Apabila baginda mengangkat kepalanya dari sujud dan selesai dari solat, baginda bertanya kepadaku: “Wahai Aishah, adakah aku telah mengabaikanmu?”
Aku menjawab: “Tidak wahai Rasulullah, tetapi aku sangka engkau telah dicabut nyawa disebabkan lamanya engkau bersujud”.
Baginda pun berkata: “Tahukah engkau apakah malam ini?”
Aku menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu”.
Baginda berkata: “Ini adalah malam pertengahan bulan Syaaban. Sesungguhnya Allah SWT melihat para hambaNya pada malam pertengahan bulan Syaaban, maka diampunkan orang yang memohon ampun, dirahmati orang yang meminta rahmat…”. (Direkodkan oleh Baihaqi: Hadis Mursal)
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:
Kalimah syahadah,
Surah Yassin tiga kali,
Beristighfar,
Berselawat dan berdoa,
Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir.

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

 Janganlah memohon hanya kepada tiga perkara, malah mohonlah apa saja asalkan perkara yang diharuskan. Sebaiknya, mohonlah ditambahkan keimanan dan kecintaan kepada Allah. Hanya iman yang bertambah akan terus subur dan membawa kita ke arah kebenaran.

 Semoga dengan doa kita pada Malam Nisfu Syaaban, Allah mengurniakan apa yang kita mohonkan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra‘d , ayat 39)


AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
A. Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.




 “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”. (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

C. Solat-solat sunat:
Solat Sunat Mutlaq
Solat Sunat Isyraq
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Awwabin
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir.

 Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah

 Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.



Oleh itu, amatlah baik bagi kita sebagai umat Islam memperbanyakkan amalan, selain menjadi satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.