Welcome to LovelyGreenDiary

What is so special about LovelyGreenDiary??? Very soon u will know...

It's all about LOVE, BEAUTY and balance in LIFE!!! Browsing time... :) :) :) Hope you enjoy your visit here! :)



If you LOVE HEALTHY LIVING, do browsing AVAIL BEAUTY... AVAIL BEAUTY is the best choice in providing health products in keeping you slim & fit; provide nutritious organic food; beautifies skin & body specially for women and etc for healthy living... You can also build up a great career in AVAIL BEAUTY anytime...

If you LOVE CHOCOLATE and looking for EXCLUSIVE CORPORATE GIFT, do browsing RHR Corporate Gift...

Incorporated in 2005, Ringgit Hedges Resources Sdn Bhd (RHR) is capable in supplying various high quality premium items with a unique design and exclusive corporate gifts...Tailored to client's needs and requirements for every festival... Impress your precious clients with RHR Corporate Gifts and have a great business relationship always...

If you LOVE BEAUTY and wanna change your lifestyle or even build up your career in beauty line, do browsing my Mary Kay... Mary Kay enriching women's lives! Let's take up the challenge! Together we work towards your dream and goal... Believe in yourself! YOU CAN!!!

If you LOVE PARTY or GATHERING and enjoy eating... do visit CT Cafe! Incorporated 2 years ago CT Cafe is capable in providing delicious cuisine catering with professional service for corporate event in both goverment and private function such as seminar, farewell, wedding, birthday party & etc mainly in Klang Valley. CT Cafe LOVE to make your function or dream party come true...

Recently, RHR has joint venture with CT Cafe in approaching KBS and MBM to supply our catering (VIP & Buffet) during Hari Belia Negara 2012 held in Putrajaya from 23 - 27 May 2012. Alhamdulillah... CT Cafe has been appointed as one of the main contractor in supplying both VIP & Buffet catering service! It was a great experience for CT Cafe in expanding the business on it's coming 2nd year anniversary soon! Congratulation CT Cafe! We love CT Cafe! We believed you too... :)

If you LOVE MUSIC, do enjoy my favorite songs... And a lot more to share about LIFE, the BEAUTY of ISLAM, business opportunity and career too!

Sharing is caring... Happy Browsing! :)


Wednesday, 4 July 2012

Keagungan Dan Amalan Malam Nisfu Syaaban...


 
Keagungan Dan Amalan Malam Nisfu Syaaban

Keagungan Syaaban adalah dengan kedatangan malam ke-15, iaitu malam Nisfu Syaaban, malam yang nilainya lebih baik daripada seribu bulan.

 Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mula...i terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

 


 Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia; musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang saling benci membenci).” (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)



 Pada malam Nisfu Syaaban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menurut Imam Asy-Syafie dalam kitabnya al-Umm telah berkata: ‘Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.’

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Malam Nisfu Syaaban juga dipanggil:
Lailatul Mubarakah (malam keberkatan),
Lailatul Baraah (malam pelepasan),
Lailatul Qismah wal-taqdir (malam pembahagian dan penentuan)
Lailatul Takfir (malam mengkifaratkan dosa).
Lailatul Ijabah (malam diperkenankan doa),
Lailatul Syafaah (malam syafaat)
Lailatul Idil Malaikah (malam raya malaikat).
Lailatul Hayat (malam hidup), iaitu malam yang tidak dimatikan apabila seseorang menghidupkan malamnya.

 Terbuka Pintu Langit
Pada Malam Nisfu Syaaban, pintu langit dan pintu rahmat dibuka dan Allah mengampunkan orang yang tidak mensyirikkannya. Riwayat menyatakan pada malam Nisfu Syaaban akan terbuka segala pintu langit.

Tidak Diampunkan
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang;
Menyekutukan Allah dengan sesuatu,
Tukang sihir dan ahli nujum,
Derhaka terhadap ibubapa,
Peminum arak,
Penzina,
Pemakan riba,
Pembuat firnah,
Suka bermusuhan,
Menipu dalam perniagaan.
Memutuskan tali silaturrahim.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”
Darpada Mu’az bin Jabal r.a; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan memerhatikan hamba-Nya pada malam nisfu Syaaban, maka Allah akan mengampunkan penghuni dunia melainkan dua golongan manusia; musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyabin (orang yang bermusuhan).” (HR Ibnu Majah, At-Thabaroni dan Ibnu Hibban)


Hidupkan Malam Nisfu Syaaban
Daripada Aishah r.a. berkata: Rasulullah SAW telah bangun malam dengan bersolat dan baginda telah memanjangkan sujudnya sehingga aku menyangka bahawa baginda telah dicabut nyawanya.
Apabila baginda mengangkat kepalanya dari sujud dan selesai dari solat, baginda bertanya kepadaku: “Wahai Aishah, adakah aku telah mengabaikanmu?”
Aku menjawab: “Tidak wahai Rasulullah, tetapi aku sangka engkau telah dicabut nyawa disebabkan lamanya engkau bersujud”.
Baginda pun berkata: “Tahukah engkau apakah malam ini?”
Aku menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu”.
Baginda berkata: “Ini adalah malam pertengahan bulan Syaaban. Sesungguhnya Allah SWT melihat para hambaNya pada malam pertengahan bulan Syaaban, maka diampunkan orang yang memohon ampun, dirahmati orang yang meminta rahmat…”. (Direkodkan oleh Baihaqi: Hadis Mursal)
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Allah SWT memenuhi keampunan dan Rahmat-Nya pada malam ke-15 Syaaban, maka umat Islam digalak memperbanyakkan amal ibadat dengan membaca:
Kalimah syahadah,
Surah Yassin tiga kali,
Beristighfar,
Berselawat dan berdoa,
Bertasbih, tahmid, tahlil dan takbir.

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

 Janganlah memohon hanya kepada tiga perkara, malah mohonlah apa saja asalkan perkara yang diharuskan. Sebaiknya, mohonlah ditambahkan keimanan dan kecintaan kepada Allah. Hanya iman yang bertambah akan terus subur dan membawa kita ke arah kebenaran.

 Semoga dengan doa kita pada Malam Nisfu Syaaban, Allah mengurniakan apa yang kita mohonkan. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra‘d , ayat 39)


AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
A. Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.




 “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu”. (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

C. Solat-solat sunat:
Solat Sunat Mutlaq
Solat Sunat Isyraq
Solat Sunat Dhuha
Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Awwabin
Solat Sunat Tahajud
Solat Sunat Tasbih
Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Witir.

 Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.” Apa yang disukai oleh Rasulullah SAW adalah solat (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit dan Baginda SAW apabila mendirikan solat, maka Baginda SAW sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.” (Diriwayatkan oleh imam Bukhari r.a. dan imam Muslim r.a.)

D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah

 Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan.



Oleh itu, amatlah baik bagi kita sebagai umat Islam memperbanyakkan amalan, selain menjadi satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.


No comments:

Post a Comment