Mari Berkongsi Ilmu Di Hari Jumaat Yang Mulia...
Diet Rasulullah
Jangan Sesekali Tinggal Makan Malam & Jangan Makan Buah Selepas Makan Nasi!!!
Sunnah Ketika Minum...
Kebaikan minum air putih
1. Menguruskan badan - Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan - Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan - Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser - Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan - Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat - Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung - Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok - Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
Lagi Informasi Tentang Minum Air
Bolehkah Minum Air
Sambil Berdiri? (Menarik!) | Islam telah menetapkan adab bagi umatnya
dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam
telah
menetapkan adab-adab ketika minum.
Rasulullah
SAW menegah kita minum berdiri. Di antara sebab di larang
minum air
berdiri ialah, menurut pakar perubatan
Dr Abdul Razzak Al-Kailani
“Sesungguhnya
makan dan minum duduk lebih baik dari segi kesihatan,
lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut
dengan tenang.
Adapun minum airberdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”
Selain itu, ternyata secara perubatan,
dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Apabila kita
minum air sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh
mnyebabkan penyakit kristal ginjal.
Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
- Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.
- Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
- Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.
- Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.
“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.
Melayukini.net -Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu. Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri. Indahnya Islam jika penuh dengan adab.
Bila Waktu Terbaik Minum Air Masak?| Air merupakan sumber terpenting untuk diberikan kepada tubuh badan kerana dapat
memberikan tenaga kepada kita dalam melakukan tugas-tugas setiap hari. Pakar kesihatan juga menyarankan agar kita mengambil
sekurang-kurangnya lapan gelas air masak setiap hari kerana dapat membantu dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan kita.
Air meliputi hampir 70% daripada komposisi dalaman kita. Air juga banyak membantu dalam proses penghadaman di mana membantu sebagai pengalir setiap nutrisi dan oksigen ke sel-sel badan. Bukan itu sahaja, keperluan air juga penting untuk kelembapan kulit dalam melindungi sendi-sendi tulang serta organ dalaman.
Malah, Japanese Medical Society juga sudah melakukan kajian membuktikan dalam kes-kes tertentu,
amalan gemar meminum air masak mampu memulihkan penyakit-penyakit serius seperti sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.
Namun, tahukan di antara kita bahawa terdapatnya waktu-waktu tertentu yang terbaik untuk mengamalkan minum air masak?
Seeloknya, kita digalakkan untuk minum segelas air masak sebelum masuk tidur kerana ia dapat mengelakkan terkena serangan jantung dan serangan strok di mana air berfungsi sebagai pelancar dalam pengaliran darah kita sewaktu kita sedang tidur.
Selain itu,
minum air masak sebelum mandi juga dapat melancarkan perjalan darah serta mengurangkan tekanan darah yang mendadak ketika tubuh badan kita menghadapi suhu keadaan sekeliling yang sentiasa berubah-ubah.
Mengamalkan
minum air masak sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan organ-organ dalaman badan kita untuk kembali bekerja setelah berehat untuk tempoh yang agak lama. Apa yang lebih elok, mengambil air masak sebelum memberus gigi dapat memberikan pelancaran sistem penghadaman dan sistem pembuangan dalam perut kita.
Bagi mereka yang sentiasa menitik beratkan tentang kesihatan dan bentuk tubuh yang cantik, mengamalkan minum air masak 30 minit sebelum menjamah makanan adalah terbukti sangat berkesan untuk terus mengekalkan kesihatan perut dari membuncit. Selepas kita mengambil air 30 minit sebelum makan, ia dapat mengelakkan kita dari menjamah makanan terlalu banyak berikutan kandungan perut kita sudah hampir penuh dan membuatkan kita tidak terlalu mengikut nafsu untuk menjamah makanan yang terlalu banyak.
Bukan sahaja air itu sememangnya penting untuk tubuh kita, mengambilnya mengikut waktu saranan penasihat kesihatan juga terbukti berkesan untuk kita mengekalkan kesihatan bagi jangka masa panjang. Jadi, eloklah kiranya kita mengubah cara dan waktu minum
air masak supaya dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit.
Informasi Tentang Air Masak
1.
Bolehkah Minum Air Masak Sambil Berdiri?
2.
Berapa Banyak Air yang Perlu Diminum Dalam Sehari?
Melayukini.net –Manusia secara fitrahnya memerlukan air untuk meneruskan kehidupan. Begitu juga dengan agama, secara fitrahnya manusia memerlukan agama untuk menjadi santapan rohani dan menjadi kekuatan untuk hidup dengan lebih bermakna. Setiap perbuatan manusia di dunia ini akan dihitung. Perbuatan baik akan dibalas baik dan begitulah sebaliknya. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang baik, dirahmati oleh Allah.
Berapa Banyak Air Masak Yang Perlu Diminum? | Ada orang kata jangan minum
air masak banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini
petua untuk awet muda.Ada pendapat
yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul? Sejak dari sekolah lagi, ibu bapa kita sering menasihatkan kita supaya sering
meminum air yang telah masak. Jadi tidak hairanlah kalau kita dapat melihat pelajar-pelajar membawa bekas minuman
air masak ke sekolah.
Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! “8 gelas sehari” lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.
Baru-baru ini,
Jurnal Psikologi Amerikamendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori “8 gelas sehari”. Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air.
Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air masak sehari bukanlah satu nasihat yang baik.
Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.
Mereka yang meminum
air masak, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.
Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.
Peringatan:
Lebih banyak anda meminum air masak, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dan lain-lain lagi
Melayukini.net -Sekadar perkongsian, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.
No comments:
Post a Comment