Tahukah anda bagaimana kasihnya Allah pada orang-orang yang beriman?? Sempurnakah sudah iman di dada?? Bersediakah kita andainya malaikat maut datang menjemput...
Andainya di antara kita mati dalam iman... Alhamdulillah... Kerana Allah begitu kasih kepada orang-orang yang beriman sehingga menjadikan sekecil-kecil perkara sebagai sebab penghapus dosa. Sehingga tercucuk duri pun Allah akan hapuskan dosa dari buku catatan.
Diceritakan kisah seoarng raja kafir yang zalim ketika hendak mati berhajat untuk makan sejenis makanan yang sukar didapati. Allah telah perintah malaikat untuk dapatkan makanan itu untuk raja tersebut. Selepas makan, raja itu telah mati.
Dalam kisah yang lain pula seorang alim yang warak ketika hendak mati telah meminta sedikit air. Apabila orang datang membawa air, Allah telah perintah kepada malaikat untuk tepis cawan sehingga air tertumpah dan orang warak itu mati tanpa dapat minum air.
Kedua-dua malaikat telah datang mengadap Allah dan mengadukan hal tersebut.
Allah berfirman kepada kedua malaikat tersebut bahawa ketika hidup, raja yang zalim tersebut dia telah buat satu kebaikan dan Allah hendak mambalas kebaikan tersebut di dunia dan azab yang kekal menantinya di akhirat kerana kekafirannya. Manakala orang warak tersebut telah berbuat satu dosa ketika hidup dan Allah hendak menghapuskan dosa tersebut ketika di dunia dan memberikan keselamatan kepadanya di akhirat.
Oleh yang demikian berbaik sangkalah selalu dengan Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua...
Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan moga kita ditempatkan di kalangan orang-orang beriman apabila kita di sana nanti... Insyaallah..

No comments:
Post a Comment