Friday, 2 March 2012

Cara Rasulullah Saw Menjaga Kesihatan Diri


DI PAGI JUMAAT YANG MULIA MARI BERKONGSI PETUA IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama





   EMPAT CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

*** Doa & Zikir itulah kekuatan seorang muslim :)

Marilah bersama-sama kita mempraktikkan amalan-amalan di atas! Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amalan yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

No comments:

Post a Comment